Unit Perkhidmatan Kaunseling
Unit ini diuruskan oleh dua orang kaunselor sepenuh masa membantu pelajar dalam bidang-bidang seperti kerjaya, akedemik, pembelajaran, data dan pencalonan. Objektif kewujudan unit ini adalah untuk:
Membentuk personaliti sihat dan bertanggungjawab di atas tingkah laku pelajar.
Memastikan pembentukan sikap yang sihat terhadap bidang kerjaya.
Membentuk peribadi yang berkemampuan menghadapi cabaran kehidupan dalam pelbagai keadaan.
Memastikan prestasi pencapaian akedemik setaraf dengan keupayaan mereka.
Membincangkan hal ehwal perkembangan pelajar dengan dunia luar.
 
Selaras dengan objektif tersebut, pihak MARA khususnya berharap para graduasi MRSM yang dilahirkan berdaya saing, berdedikasi serta cemerlang dalam akedemik, sahsiah dan kerjaya pada masa akan datang.