PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM Kulim

 

Kewujudan sistem MRSM sejak tahun 1972 yang berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang khususnya dalam bidang sains dan matematik telah menarik perhatian PDRM untuk mengadakan kerjasama dengan MARA menubuhkan sebuah MRSM khas untuk anak-anak polis.Hasilnya satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani pada 7 September 1991. MOU ini ditandatangani oleh YB En. Tamrin Abdul Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA) dengan Yg. Bhg. Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM).

 

PDRM memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 Jalan Junjung, Kulim sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangka akan dibina di Serendah, Selangor. Walaubagaimanapun akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (dahulunya Kem PPH, BN 3) Jalan Junjung, Kulim, Kedah.

  Pendaftaran pelajar perintis MRSM PDRM seramai 200 orang telah dibuat pada 5 Januari 1992. 15 orang guru dan 12 orang staf sokongan juga telah diambil untuk melaksanakan program P & P di MRSM PDRM Kulim. Dalam masa yang sama, pihak PDRM pula telah menubuhkan Unit Penyelaras (UP) bagi tujuan mengurus kerja-kerja senggaraan bangunan, pembelian peralatan dan membantu aktiviti pelajar.

  Kini MRSM PDRM Kulim mempunyai 730 orang pelajar, 34 staf pentadbiran dan sokongan serta 63 orang guru.